Thursday, November 3, 2011

Youth Choir

Salam Jumaat..

Semalam saya menonton real story dari cerita Korea...Ia menceritakan bagaimana sekumpulan pekerja dari golongan bawah sehingga profesional melepaskan tekanan kerja dengan cara mengikuti kelas koir yang diajar oleh seorang guru yang amat muda.Pelajar "Tua" ini belajar dengan bersungguh2 biarpun mereka ini tergolong dalam lambat'pickup'.Guru muda itu amat sabar mengajar dalam kelas yang dinamakan Youth choir.walaupun anggotanya terdiri daripada golongan tua yang berumur 30-70 tahun,mereka amat menghormati cikgu muda itu.tidak sedikitpun mereka menyakiti guru tersebut.Di akhir kelas mereka telah memberi kejutan kepada guru muda itu dengan meraikan harijadinya,menyediakan klip ucapan dalam bentuk klip video dan audio,menyanyikan lagu ciptaan guru muda itu dalam keadaan yg amat mengharukan sehingga menitiskan air mata.Bayangkan bagaimana orang tua menangis(huhuhu).Sedih sungguh saya melihat cerita itu sehingga tanpa saya sedari airmata turut menitis-nitis.Tetapi guru muda lelaki itu begitu cekal n keras hatinya tanpa mengalirkan sedikitpun air mata(mungkin keegoaan lelaki ) tetapi guru muda perempuan itu hampir tidak mampu berkata-kata,sebaliknya airmatanya laju bertitisan.Akhirnya setelah mengikuti kelas itu,mereka kembali semula ke profesion masing-masing-ada yg doktor pakar,pengurus syarikat,jutawan dan hartawan,guru,pelajar,nenek,surirumah dan sebagainya. Walaupun mereka lebih tinggi jawatan n umur yag matang dari guru muda tersebut,tetapi mereka mampu menghormati guru muda tersebut.Respect habis..

Cerita ini tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak n sya x terniat pun mahu menyindir mana2 pihak.Saya cuma kagum attitude yang mereka tunjukkan.menghormati orang yang memberi ilmu kepada mereka.Cuma saya teringat di zaman kanak-kanak saya dahulu yg hampir sama keadaannya.Sampah di tangan cikgu pun kami mampu berebut untuk mengambilnya dan membuangnya ke dalam tong sampah.Betapa naifnya zaman kanak-kanak saya.Tetapi kini zaman telah berubah..keadaan itu semakin terhakis..Murid-murid sekarang merasakan mereka terlalu hebat(walaupun bukan semua..hanya segelintir sahaja).Mereka tidak menjaga adab berkomunikasi.Mereka tidak kisah andainya orang terluka dengan perlakuan dan kata-kata mereka yang dianggap biasa.Orang-orang tua ni biasanya sensitif.semua kita akan menuju ke arah usia itu.Sementara muda ini berdandanlah sepuasnya.Seeloknya dandan sekali komunikasi itu agar seimbang ngan penampilan diri.Saya sendiri amat berhati-hati apabila berkomunikasi ngan parents..mereka ini cukup sensitif.x apa saya terluka asalkan mereka gembira sementara mereka masih ada ini.

Kepada semua pelajar saya:

Selamat menghadapi peperiksaan.Jawab ngan tenang...berdoa dan bertawakal setelah berbagai usaha dilakukan.ikutkan plan saya mmg dah sediakan 5 set soalan percubaan..nak tgk prestasi mrk camana...tetapi nampak gaya saya yg lebih2...mereka macam x SUKA n HINGIN nak masuk kelas dah.
Pinggan x retak nasi x dingin,
kamu x nak,gua si lagi x hingin...(he5) jangan terasa lak....


Walau bagaimanapun:

Semua perbuatan n perlakuan pelajar sama ada yang disedari @ x disedari mereka telah lama saya maafkan...Tiap2 malam sebelum tidur saya akan maafkan semua orang n mendoakan kebahagiaan n kece,merlangan mereka.


Buat KLM 25:

Terima kasih atas sokongan padu n kerjasama yang diberikan.Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas budi baik kalian...Ingatlah:

Walaupun x mendapat sebarang kejayaan(kecuali yang personel lah) TETAPI

KLM 25 tetap berjaya di mata dan di hati saya n yg lain(Insyaaallah).

Kemenangan itu adalah rezeki masing-masing n bonus...tetapi ilmu yang dipelajari itu akan dibawa dan dikenang(kenang ke ?) hingga ke deruan nafas yang terakhir...ceh.....amboiiiiiiiii.
Kalau ada adalah...kalau tiada bukan rezeki...itu adalah aku yang sangat sempoi dan x mau serabutkan otak...just relaxxxxxxxxxxxxx n be yourself..............


Buat semua.....

Maafkan saya jika tidak mencapai piawaian yang anda inginkan.....saya hanya manusia biasa..
Kita mampu merancang tetapi mungkin ada hikmah semuanya.

Buat yang terbaik n saya doakan yang terbaikkkkkkkkkkk(40,0000x) untuk semua pelajar saya dalam menghadapi exam ni.

Wednesday, November 2, 2011

]

"Kekadang kita minta kepada Allah


setangkai bunga segar, DIA beri
kaktus berduri....

Kita minta kupu kupu, diberi ulat berbulu....

Kita sedih dan kecewa...


Namun kemudian kaktus itu berbunga,


indah sekali dan ulat itu menjadi


kupu kupu yang cantik....



Itulah jalan ALLAH, indah pada
masaNYA.....


ALLAH tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi DIA

memberi apa yang kita perlukan....


Kekadang kita sedih, kecewa, terluka,


tetapi jauh di atas segalanya, DIA telah


mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.....


Sesungguhnya percayalah akan janji


ALLAH kepada orang orang beriman....


Semoga kita diberi kekuatan untuk terus


beriman kepadaNYA......"